Halaman Utama

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE- 5 KOWAHIDA

8 Ogos 2011: Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-5 Koperasi Wahida HPA Berhad(KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.




(Pengerusi KOWAHIDA En Mohamad Faisol menyerahkan sumbangan kepada En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM Perlis)

Mesyuarat itu telah di rasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Perlis, En Meor dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KOWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan mengucapkan tahniah kepada KOWAHIDA kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Hari Suruhanjaya Koperasi Negara.




Di samping itu juga Pengerusi KOWAHIDA, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah..


Pada Mesyuarat tersebut Ahli Lembaga dan Pewakilan KOWAHIDA bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah di lantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida binti Rameli. ALK baru yang dilantik bagi mengantikan ALK yang digugurkan adalah
En Harryzan bin Yaakub dan En Zambri bin Abd Aziz. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.


LANTIKAN BARU BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2011/2012

1. Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)

2. Azizan bin Ahmad (Setiausaha)

3. Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari) - Lantikan Semula-

4. Hafidzan bin Faudzi

5. Fisal bin Ahmad Tajuddin

6. Abdul Ghani bin Hussein

7. Ramly bin Ahmad

8. Rashidah bt Abd Rahim

9. Siti Zawiah bt Abd Rahman

10. Zaharah bt Yusoff

11. Nor Bee bt Ramli

12. Zambri bin Othman - Lantikan Semula-

13. Faezah bt Daud - Lantikan Semula-

14. Harryzan bin Yaakub - Lantikan Baru-

15. Zambri bin Abd Aziz - Lantikan Baru-



Sekitar Mesyuarat Agung Kowahida Kali ke 5 (6 OGOS 2011)