Tuesday, November 24, 2009

Taklimat KOWAHIDA di KLUANG

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah mengizinkan KOWAHIDA untuk mengadakan majlis taklimat di Dewan Nuruddin Fahmey milik HPA di tengah-tengah bandar KLUANG.


Tahniah kepada pemimpin-pemimpin HPA di JOHOR khususnya PJS Rahmat Daim, PJS Shafie, PJS Rosjulila yang telah berusha keras dan telah dapat mengumpulkan hampir 200 orang untuk majlis taklimat yang penting ini.





Majlis taklimat kali ini telah dikendalikan dengan baiknya oleh PJS Ismail Othman; salah seorang Ahli Lembaga KOWAHIDA yang aktif di utara tanahair selaku pengerusi majlis.


Majlis taklimat telah dibuka dengan bacaan ummul kitab dan dimulakan dengan penerangan ringkas dari Ahli Lembaga KOWAHIDA Encik Hj Fisal Ahmad Tajudin yang mengganti Pengerusi KOWAHIDA yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.


PJS Hafidzan Faudzi yang baru balik dari negeri di bawah bayu; SABAH telah diberikan amanah untuk memberikan taklimat utama kepada semua yang hadir. Beliau telah menerangkan tentang sejarah penubuhan KOWAHIDA beserta VISI dan MISI-nya dan hubungkaitnya yang rapat dengan HPA itu sendiri sebagai nadi penggerak untuk masa depan yang lebih maju dan berdaya saing, INSYALLAH.









Di akhir sessi taklimat, para peserta majlis telah diberikan peluang untuk mengemukakan beberapa soalan tentang KOWAHIDA dan telah dijawab oleh beberapa Ahli Lembaga dengan memuaskan hati mereka yang hadir.


Tahniah kepada semua Ahli Lembaga KOWAHIDA di bawah pimpinan pengerusi nya Encik Faisol Abdul Rahman merangkap GM Al Wahida Marketing Sdn Bhd; yang telah dapat membawa satu perubahan yang lebih baik dan mantap dalam segi pengurusan KOWAHIDA hingga ke tahap yang ada masakini.











TERUS MAJU BERSAMA KOWAHIDA UNTUK MASA DEPAN UMMAH YANG LEBIH CERAH.


ROAD SHOW AKAN DATANG PADA 19DIS (PAGI) DI SANDAKAN, 19DIS (MALAM) DI KOTA KINABALU DAN 20DIS MALAM DI KUCING

Friday, November 13, 2009

Roadshow KOWAHIDA ke Selatan

Berita baik buat semua anggota KOWAHIDA di zon Selatan. Koperasi akan mengadakan roadshow ke zon Selatan. Bagi semua anggota yang tinggal di negeri Johor dan sekitarnya dijemput untuk hadir bagi mendengar taklimat berkenaan KOWAHIDA nanti. Semua ahli HPA yang belum mendaftar sebagai anggota koperasi juga di jemput bagi mendapat kefahaman tentang koperasi.
Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 November 2009M / 06 Zulhijah 1430H
Masa: 9.00 mlm – 11.00 ml
Tempat: Dewan Nuruddin Fahmi,
No 54 Jalan Ciku,
86000 Kluang, Johor

Thursday, November 12, 2009

Salam Satu Simpati Pada MUHAMAD KAMAL ISMAIL

Salam semua sekali

Mungkin ada yang sudah menerima kabar ini dan mungkin juga ada yang belum. Muhammad Kamal Ismail adalah staff saya di bahagian pemasaran. Musibah yang tidak di jangka menimpa anak perempuan beliau Najihah (5 tahun) yang kini terlantar di Hospital Besar, Kangar akibat pendarahan otak dah hampir sebulan. Baru-baru ini Najihah telah menjalani pembedahan di bahagian tengkorak kepala bagi membuang pendarahan beku. Namun masih belum berhasil dan akan di pindahkan ke Hospital Besar Penang dalam waktu terdekat.
Hulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mohon doakan kesejahteraan mereka.
Sumbangan boleh di online terus ke akaun beliau
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KANGAR
09 010 02 0116634
MUHAMAD KAMAL ISMAIL
*kepada bloger yang link to HPA sila link info ini.
sumber http://gmalwahida.blogspot.com/

kepada semua anggota koperasi, sama-sama kita Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban.. semoga adik Najihah akan beroleh kesembuhan InsyaAllah..

Monday, November 09, 2009

Ingatan Pada Semua Staf Cawangan (vs2)

Pihak Zon dan Semua cawangan dikehendaki mengemaskini setiap info, memo, dan maklumat-maklumat penting dari masa ke semasa bagi mengelakkan kesalahan informasi, maklumat tidak sampai atau sebagainya. Sebarang informasi dari KOWAHIDA akan sentiasa dimaklumkan melalui blog KOWAHIDA atau sebarang surat dan memo. Sila print semula memo yang telah pun diedarkan ke semua cawangan oleh Pihak Zon sebelum ini dan tampal sebagai ingatan kepada staf di cawangan..

Ingatan Pada Semua Staf Cawangan

Pihak Koperasi telah pun sebelum ini memaklumkan pada semua cawangan, bahawa semua pelabur yang ingin melabur dikehendaki melakukan tranksasi online ke akaun bank Koperasi manakala urusan cash/tunai tidak di benarkan melainkan di HQ Koperasi. Ini adalah untuk mengelakan berlaku kes yang tidak di ingini.
Jangan jadi macam kes di cawangan Johor Baru 2 hari yang lepas. Ini menyusahkan semua pihak.
Berikut adalah no akaun Koperasi Wahida HPA Berhad
1. CIMB ISLAMIC 09010000110108
2. MAYBAN ISLAMIC 559012306051
3. BIMB 09010010046316

sumber : http://gmalwahida.blogspot.com/

Friday, October 30, 2009

Roadshow Bersepadu Pertama Kowahida

Bersempena dengan mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi Wahida HPA Berhad kali ke 9/09, di Hotel Raudhah Kota Bharu, Kelantan; satu majlis taklimat tentang "Prospek Bersama KoWahida" telah diadakan pada 27hb Okt, 2009 mulai jam 9 malam di tempat yang sama.



Tahniah diucapkan kepada Anggota Lembaga KoWahida yang bermastautin di Kelantan iaitu Puan Siti Zawiah dan Puan Zaharah Yusof yang telah berkerja keras untuk menghadirkan seramai mungkin anggota KoWahida dan prospek-prospek baru untuk bersama-sama mendengar taklimat tersebut.

Majlis pada malam itu telah dipengerusikan oleh PJS Hafidzan Faudzi dengan baik dan lancar.



Taklimat pada malam tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi KoWahida; Encik Faisol secara ringkas dan diikuti oleh penerangan oleh tetamu jemputan iaitu Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis; Encik Lanaim yang telah memperjelaskan dengan mendalam tentang tanggungjawab anggota dan Anggota Lembaga KoWahida agar institusi dapat berjalan dengan lancar dan menjadi contoh sebagai koperasi yang terbaik di Malaysia.


Taklimat akhir telah disampaikan Setiusaha KoWahida; PJS Azizan Ahmad. Beliau telah menerangkan tentang aspek pengurusan koperasi dan diakhiri dengan sessi soal-jawab dari para peserta.


Insyallah, 'roadshow' yang berikutnya akan diadakan bersempena dengan mesyuarat Anggota Lembaga yang akan datang seperti jadual di bawah:

23hb NOVEMBER, 2009 di KLUANG, JOHOR; dan
24hb DISEMBER, 2009 di KOTA KINABALU, SABAH.

Di harap pemimpin-pemimpin HPA dan anggota koperasi di tempat-tempat yang akan diadakan 'roadshow' mengambil perhatian kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.




Friday, October 02, 2009

Kemudahan Untuk Langgan Atau Tambah Syer

Anggota Lembaga (ALK) Koperasi Wahida HPA Berhad telah memutuskan dalam mesyuarat ke8/09 pada 30hb September, 2009 yang lalu


1-Anggota KoWahida boleh melanggan syer baru atau tambahan syer dengan online ke dalam akaun Koperasi Wahida HPA Berhad melalui bank yang disenaraikan di bawah ini berkuatkuasa serta merta.

BANK ISLAM - 090 100100 46316;
MAYBANK - 5590 12306 051;
CIMB - 090 100001 10108;

Setelah ANDA bank-in [online] duit untuk tujuan langgan syer baru atau tambah syer; langkah seterusnya adalah:

- fotostat resit bank-in [untuk simpanan ANDA]
- serahkan resit asal kepada Pengurus Cawangan HPA atau pembantunya bersama borang keahlian atau borang tambah syer yang telah diisi dengan lengkap. [sertakan salinan kad pengenalan untuk permohonan baru]

Mulai 01hb November, 2009 pengurus dan kakitangan cawangan HPA tidak dibenarkan menerima apa-apa bentuk bayaran tunai untuk tujuan melanggan syer baru atau syer tambahan dari mana-mana anggota KoWahida; mereka hanya akan menguruskan penghantaran salinan resit on-line dari anggota KoWahida ke Ibu Pejabat Koperasi Wahida HPA Berhad untuk pengesahan pembayaran.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA KOWAHIDA:

1-Warganegara,
2-Berumur 18 tahun ke atas,
3-Pekerja HPA atau ahli Al Wahida Marketing Sdn Bhd,
4-Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi KoWahida.

MODAL SYER per INDIVIDU [Undang-undang kecil #55]

1-Fi masuk sebanyak RM10.00,
2-Syer minima RM200.00 [tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat],
3-Syer maksima RM100,000 [Ditetapkan oleh ALK dalam mesyuarat ALK ke 8/09].

TAMAT KEANGGOTAAN [Undang-undang kecil #20]

Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:

1-mati, atau
2-menarik diri mengikut undang-undang kecil 21; atau
3-dibuang mengikut undang-undang kecil 22.

UNDANG-UNDANG KECIL #21

21(1) - Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas (12) bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat.